Thursday, February 25, 2010

What is wrong with our education system?

1. Sebat wanita
Bila membicarakan tentang hukum Islam di negara ini, yg kabur tentang apa itu dikatakan hukum Islam, ialah sebenarnya umat Islam itu sendiri kerana kelemahan pendidikan agama di sekolah yg diwarisi dari zaman penjajah walaupun sudah lama merdeka. Merdeka dari segi fizikal, tetapi tidak dari segi mindset. Masih lagi berlegar2 dalam angan2 agama tradisi. Kami lahir2 Melayu maka kami Islam, maka kami yg akan masuk syurga, kalau dosa byk masuk neraka, malaikat akan cuci2 hati kemudian kami akan masuk syurga juga. Kamu semua yg lahir2 jadi kaum lain ditakdirkan non muslim maka automatik kamu masuk neraka. Ini fahaman yg sebilangan besar org Melayu yg mengaku Islam di Malaysia. Bila cerita pasal masuk neraka lepas tu nanti masuk syurga juga akhirnya, macam lah masuk neraka tu berdiri atas kerusi, atau berjemur tengah panas. Kalaulah betul dakwaan mereka boleh masuk keluar balik itu.

Hukuman sebat atas kesalahan zina adalah termaktub dalam AlQuran, rujuk Surah AnNur (24) ayat 2. Benar. Kami dengar dan kami taat. Tetapi bagaimana dengan pendidikan di sekolah, adakah sudah memberi kefahaman yg sewajarnya tentang hukum Islam, atau adakah sekadar pendidikan Islam di sekolah supaya org Islam cuma beribadah ritual spt solat, zakat setahun sekali, kemudian sunnah makan tiga jari, masuk tandas kaki kiri.

Bagaimana pula dengan environment yg wujud dalam negara yg mendakwa Islam sebagai agama rasmi ini, adakah suasananya Islam yg membuatkan manusia2 yg tinggal di dalamnya Islam=menyerah diri kepada hukum Allah.

Dan hukum Allah bukan semata2 hudud. Pendidikan agama yg sewajarnya dan mewujudkan environment yg Islam dlm sebuah negara adalah juga hukum / perintah dari Allah yg sepatutnya didahulukan sebelum sibuk2 nak sebat orang.

Boleh nak sebat org sbb buat salah, tapi bagaimana dengan pendidikan dan environment yg menghindar ia dari terjadi?

2. Menghidupkan Putrajaya
Baru2 ini saya berpeluang utk melawat Putrajaya atas jemputan sempena konsert dan pesta bunga api yg diadakan di situ. Tujuannya utk menghidupkan malam di Putrajaya. Saya terfikir, apakah menghidupkan satu bandar yg didakwa lesu, bermakna ia mesti berbentuk hiburan, atau semata2 gerai2 jual burger, makanan, air dan sebagainya. Atau semata2 membuatkan warga Putrajaya berlari atau mengayuh basikal malam2 sehingga mengganggu perjalanan trafik? Saya percaya majoriti penduduk Putrajaya adalah berbangsa Melayu yg mengaku beriman. Apakah program yg bertujuan utk meningkatkan daya fikir, pada waktu malam tidak appealing bagi pihak yg berkuasa. Program yg membuatkan org berfikir, bukan program magic2 macam biasa dilihat di tv - program agama yg tak buat org berfikir, buat org muda lari. Sudahlah kaum byk problem, kemudian dicandu pula dgn aktiviti2 yg tidak mencerdikkan, dgn alasan hendak menghidupkan malam ikut suka hati nafsu manusia.

3. Sunnah Nabi
Sangat2 malang sebenarnya apabila membicarakan tentang sunnah nabi maka yg terbit di fikiran manusia yg mengaku Islam ialah makan tiga jari, masuk tandas, mandi dgn isteri, pakai serban dan yang seumpamanya. Apakah hadis terakhir nabi yg menyuruh umat Islam berpegang kepada kitab Allah dan sunah RasulNya maka tidak akan sesat selama2nya, bermaksud semata2 tentang makan tiga jari, masuk tandas kaki kiri, mandi dgn isteri maka tidak akan jadi sesat selama2nya? Bagaimana dgn sunnah yg lebih besar, sunnah nabi dalam nak menegakkan agama Allah, agama Islam? Cara atau method nabi utk memenangkan Islam, ada ustaz2 terangkan dengan terang dan jelas sehingga setiap jiwa yg mengaku Islam sanggup utk menyampaikan risalah Allah?

Maka pendidikan Islam apa yg kita warisi sampai jadi macam ni kefahaman tentang agama, apatah lagi tentang sunnah nabi? Zalimnya kita kepada diri sendiri...

Thursday, February 18, 2010

Komen tentang buang anak

Kalau di Amerika, perempuan yg berhasrat utk memelihara kehormatan / dara akan dikutuk oleh kawan-kawannya. Masih dara dilihat sbg sesuatu yg tidak cool dan ketinggalan. Mungkin dipulau atau dimalukan.

Mungkin layanannya sama seperti kalau terlihat kelibat kaki surau, si geng lepak pasti berkata sambil mengangkat tangan, "Eleh, pergi surau konon. berlagak alim la tu. Ala poyo nya dia pakai kopiah, macam bagus. tak stylo langsung." Ataupun kalau ada kawan ajak g library baca buku, nanti ada yg kata, "Bosan la mamat ni. Skema." Library pula lama-kelamaan menjadi port couple2 berkepit, bukan membaca.

Suka atau tak suka, mindset seperti ini sudah ada dan kembang mekar di negara ini di kalangan org berbangsa Melayu yg mengaku beragama Islam. Baru-baru ni heboh sebentar tentang kempen "no panties" sempena Hari Valentine di kalangan student IPT. Kalau menurut laporan suratkhabar, yg memberi komen berbau sokongan adalah perempuan Melayu yg dikatakan menuntut di IPT.

Saya agak malas utk komen panjang2 tentang isu ini. Yg jelas, selagi manusia belum faham apa itu akidah Islam, malas baca AlQuran utk difahami, maka selagi itu dia hanya beragama keturunan, beragama tradisi, walaupun namanya Melayu, walaupun kad pengenalannya bertulis status Islam. Bila kefahaman akidah yg sewajarnya takde, itu yg bila org Kristian nak pakai nama Allah jadi gelabah takut sesat. Itu yg bila ada kes Melayu nak murtad, maka berbondong2lah org2 emosi bersila di perkarangan mahkamah, menjerit2 sambil pegang sepanduk, baca doa, baca yasin semoga keputusan mahkamah "sivil ciptaan manusia" menyebelahi mereka - padahal org yg mohon tukar agama tu sah2 taknak dah Islam - buatlah paksalah macam mana pun.

Kita cuma menambah bilangan org yg mengaku Islam di negara ini tetapi hatinya sudah kafir, menjadi kanser yg semakin membesar, membunuh umat dari dalam.

Suka atau tidak suka, kita sudah sampai kepada munculnya layer / lapisan generasi muda yg luarannya seolah2 Islam, tapi hatinya ingkar kepada perintah Allah - sekarang ni berada di sekolah rendah, sekolah menengah, di IPT dan ada yg sudah sampai ke alam pekerjaan.

Salah satu drpd indicator2 yg membuktikan level keingkaran sudah sangat kronik ialah bayi-bayi hasil "pertemuan2 rahsia" golongan muda ni utk hubungan seks luar nikah, dibuang merata-rata seperti tidak bernilai. Jabatan agama punyalah nak jaga generasi muda ni sampai terpaksa skodeng, terjah rumah org yg sedang berkhalwat - padahal Islam pun tak ajar tindakan mcm ni.

Kalau suratkhabar akan kata, fenomena buang anak ni disebabkan kurang pegangan agama. Saya terfikir, jadi pendidikan Islam apa yg diajar di sekolah sehingga penganutnya pun kabur tentang agama mereka sendiri? Let alone pasal AlQuran tidak dibaca DAN DIFAHAMI yg sewajarnya, ataupun isu org bkn Islam dilarang pakai nama Allah sebab "takut nanti kami keliru dan sesat".

Nak pastikan golongan muda selalu ingat Allah ada di mana-mana, jaga kehormatan pun tak mampu sampai jabatan agama terpaksa buat benda yg agama pun tak ajar - skodeng dalam rumah org.

Kesian baby..

Wednesday, February 17, 2010

Komen tentang isu perarakan Maulidur Rasul, Ops Sikap 21, lambakan luar biasa pendatang asing

Komen tentang perarakan Maulidur Rasul

Allah jadikan manusia ni fungsinya utk menjadi khalifah di muka bumi. Menjadi pentadbir, memastikan muka bumi ni sejahtera dengan sistem yg Allah ajar. Dalam perkataan lain, manusia hidup kat muka bumi ni kerjanya pastikan command dari Allah tu berjalan. Simple, semua org pun faham - sepatutnya. Tapi nak pastikan command tu dilaksanakan, is another story.

Jadi bagaimana manusia yg hidup di muka bumi menerima command/perintah dari Allah yg WAAJIB dilaksanakan itu? Dalam tiap2 kaum Allah utuskan, Allah assign seorang manusia dari kalangan mereka utk menyampaikan command itu kepada mereka. So basically dari zaman Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad SAW, mesej yg sama telah diturunkan berulang kali, beransur-ansur dalam pelbagai bahasa dan pelbagai keadaan masyarakat pada masa masing2, iaitu - tegakkan agama dan jgn berpecah belah dalamnya. Himpunan wahyu yg paling complete dapat pada Nabi Muhammad sbb baginda Rasul yg terakhir - dapat ambil iktibar daripada pelaksanaan semua Rasul-rasul sebelumnya.

Dianggarkan kira-kira 313 org rasul telah diutus oleh Allah utk sampaikan perintahNya kepada manusia. Dalam ramai-ramai rasul itu, hanya 25 org Rasul yg cara pelaksanaan, cara perjuangan mereka mendapat endorsement dari Allah untuk diturunkan dalam bentuk wahyu kepada Nabi Muhammad SAW supaya dilaksanakan - bukan semata-mata dibaca utk menang tarannum atau tenang hati utk ambil exam atau utk aksi halau hantu dalam filem.

So kita simpulkan dalam ayat yg mudah utk dipahat dalam kepala - Perintah dari Allah wajib dilaksanakan telah dibukukan sebagai kitab AlQuran dan wajib dilaksanakan. Macamana nak laksanakan? Pelaksanaan seperti yg telah ditunjukkan oleh Rasul Allah, yg terdekat dengan kita ialah Rasulullah Nabi Muhammad SAW. (Bab macamana selepas itu Islam yg pure boleh terpecah2 kepada mcm2 fahaman, mazhab, tarikat dsb. next time kita buka topik lain).

By right, kepada yg mengaku sbg umat Nabi Muhammad sewajarnya meneruskan perjuangan baginda, bukan create kefahaman baru atau bentuk ibadah baru.

Di Malaysia, ada dua jenis mindset - Satu ialah apa saja yg keluar dari mulut ustaz semuanya benar dan tidak boleh dipertikai. Sebab mereka dikatakan ulama yg menjadi pewaris nabi - (Pewaris nabi sepatutnya teruskan perjuangan nabi, bukan create ibadah baru). Mempertikai mereka bermaksud lemah iman. Mindset yang kedua ialah, apa saja perbuatan yg difikirkan baik, difikirkan atas niat baik maka ia automatik jadi ibadah. Yang penting baca bismillah.

Janji benda tu difikirkan baik. Walaupun Allah tak suruh (AlQuran), walaupun Rasul tak pernah buat (Sunnah).

Termasuk bab perarakan Maulidur Rasul, yang sekali lagi ada segolongan manusia mengaku beriman mengambil tindakan yg lebih cenderung kepada emosi. Selepas isu penggunaan nama Allah. Point, hujah takde. Emosi lebih. Pekik2 depan masjid lepas tu kena tangkap polis.

Perarakan Maulidur Rasul bukan satu ibadah yg Allah suruh, dan Nabi serta sahabat2 tak pernah buat pun. Takde example pun dari zaman itu utk kita kata berarak maulud nabi ni sejenis ibadah. Kalau betul perarakan boleh menangkan Islam, dah tentu mereka orang yg pertama2 ajak org berarak ke sana ke mari dalam Kota Madinah.

Perarakan ni semata-mata hanya satu bentuk peringatan saje. Memperingati. Memorial. Itu saja. Jadi tak perlulah terlalu emosi. Kepada negeri yg tak dibenarkan buat perarakan Maulidur Rasul tu, kamu pun satu hal juga, kamu juga yg pangkah org tu jadi pemimpin kan.

Jangan emosi yg tak wajar. Emosi tak wajar maksudnya kat sini, janganlah benda yg Allah tak suruh, Nabi tak pernah pula buat kita melenting, tapi benda yg WAAJIB yg termaktub dalam AlQuran semua org taknak baca dan faham.

(Sekurang2nya saya tak dengar emosi yg sama bila memperkatakan kewajipan melaksanakan kandungan AlQuran, sepertimana emosi ketika isu org bukan Islam hendak menggunakan nama Allah, atau bila tak dapat berarak.)

Yang emo2 tu - Pergilah baca Quran, "tenangkan hati".

Ops Sikap 21

I told you, it won't work. Kita dah lepaskan manusia berbahaya, manusia yang tak difahamkan apa itu pemanduan bahaya, otak mcm najis, manusia berlagak, ego tak bertempat dsb.. dah bertebaran atas jalan awam baru nak fikir mcm mana nak jadikan jalan itu selamat untuk semua orang. Lebih2 lagi masa jalan sesak sbb balik hari raya. Menghabiskan duit taxpayer tempah sticker kempen aje.

Saya perhatikan kebodohan ini merentas semua sempadan, melangkaui semua peringkat umur, semua jenis kaum, agama, jantina, ketrampilan alim berjanggut atau tidak. Maknanya ada something wrong dengan sistem pendidikan jalanraya yg memberi kebenaran mereka memandu.

Pergi betulkan dulu sistem pendidikan jalanraya.


Lambakan luar biasa pendatang asing

Menteri pun dah take note yang fenomena pendatang yang bersepah2 sekarang dan nampak tersgt obvious bila ramai org balik kampung dan tinggalkan bandar besar. Dah banyak masalah, banyak jenayah, banyak org mati disebabkan controlling yang lemah bab kemasukan pendatang sama ada dgn izin atau tidak dan bila mereka dah berada di sini - main lepas2 aje.

Kena ada controlling yang lebih baik. Jangan sacrifice keselamatan org awam dalam negara.

Friday, February 12, 2010

Ramalan untuk Ops Sikap ke 21

Dengan keadaan rata-rata masyarakat kita masih lagi dgn takuk pemikiran lama, masih selesa dengan ego tidak bertempat, masih lagi dengan sistem pendidikan jalanraya yg dengan senang2 melepaskan pemandu2 berbahaya dengan memberi mereka lesen mudah - saya meramalkan Ops Sikap sempena raya tahun baru Cina ini akan menyaksikan ramai manusia yg terkorban / mati katak di atas jalanraya - seperti biasa.

Ada org kata kena buat kempen keselamatan seperti dulu2, bagi sticker, buat iklan tv. Pada saya, ini semua membazir dan agama tak suruh kita membazir. Belanja juta2 pakai duit taxpayer tapi end up sticker2 tu buang dalam tong sampah sebab tak cantik dan "nampak skema". Bila saya kata mcm ni, nanti ada yg melenting, takkan kita nak berserah kepada takdir saja? This is the problem with our people, suka salahkan takdir.

Ubah sistem pendidikan jalanraya. Jangan simply2 bagi lesen kepada org yg berbahaya.

Malulah sikit dengan negara contohnya Jepun yg tidak diajak bersyahadah pun boleh pastikan hanya org2 yg layak dan dijamin selamat sahaja diberi lesen memandu.

Org Jepun lagi faham macam mana hidup dalam sistem, hidup ikut peraturan.

Komen tentang: Lulusan Mekah, Madinah, Jordan sukar dapat kerja

Petikan daripada Utusan Online

Malaysia adalah sebuah negara yg mendapat kemerdekaan pd tahun 1957 setelah mendapat perkenan dan restu dari bekas penjajahnya, iaitu British dengan diberi hadiah peninggalan tulus ikhlas yg dikenali sebagai perlembagaan. Walaupun perlembagaan negara mengiktiraf Islam sbg agama rasmi, tetapi tidak ada satu ayat pun dalamnya yg menyatakan dengan jelas bahawa hukum yg berlaku di negara ini mestilah hukum Allah yg termaktub dalam AlQuran. Tidak ada. Saya ulangi lagi - tidak ada. Yang ada cuma hak kebebasan beragama. Itu sahaja. Maka jadilah penghayatan agama yg ala2 tompok2, tidak syumul, tidak keseluruhan. Ada yg buat, tapi byk yg tak buat.

Bagi mereka yg menjawat jawatan agama, atau yg berpendidikan agama, sepatutnya tanggungjawab mereka utk menyampaikan mesej Islam DENGAN JELAS kepada org berstatus Islam dan org bukan Islam supaya mereka faham tentang keadilan dalam sistem cara hidup Islam - lebih sedikit berbanding org lain yg tidak berpeluang belajar jadi ustaz. Walaupun tanggungjawab menyampaikan risalah Allah ni sebenarnya terletak pada bahu setiap nyawa yg mengaku beriman, tetapi di Malaysia biasanya difahamkan kerja ini eksklusif utk golongan agama atau ustaz. Org biasa ikut sahaja, nak bercakap tentang agama mesti ada tauliah.

Penghayatan Islam pun lebih kepada perkara2 fekah - apa hukum saya buat ni, apa hukum saya buat tu - tak percaya, bacalah soal jawab agama dalam suratkhabar. Tidak ada satu jiwa pun yg bertanya soalan tentang kepentingan menyatu dalam agama. Berbeza pendapat demi kebaikan "sedar dari lena" nanti dituduh wahabi, dituduh melawan agama arus perdana. Maka duduklah semua di takuk pemikiran lama yg buat non muslim semakin pertikai dengan bumiputera yg lahir2 saja mengaku Islam keturunan.

Realiti di negara yg mendakwa Islam sebagai agama rasminya, mereka yg berkelulusan agama pun diletakkan dalam masalah yg sama sebaris dengan graduate2 dalam aliran lain - tidak dapat pekerjaan apabila pulang dari pengajian. Nak membuatkan situasi lebih buruk dan mendukacitakan, alasan mereka tidak diterima bekerja kerana dituduh membawa fahaman yg tidak sebulu, atau "tidak ngam" dengan ustaz2 senior dan veteran dalam jabatan atau institut itu. Dituduh tidak mengikut sunnah wal jamaah hanya semata-mata kerana mereka baru pulang pengajian dari Mekah, Madinah atau Jordan.

Saya rasa amat malang fenomena ni. Sangat malang. Kita sebenarnya banyak kerja dalam nak tegakkan syiar Islam, tapi graduate2 agama ni end up tak dapat kerja, terpaksa buat kerja utk cari makan - jadi motivator, jadi penceramah cakap yg sedap didengar aje (takut kena buang kerja), jadi tekong yasin, jadi imam terawih (bulan puasa baru nampak muka), jadi kerani agensi pelancongan.

Saya selalu perhati sesetengah "ustaz cari makan" yg keluar di tv atau radio, selalu cerita tentang bab2 kerohanian, bab2 tenang hati, tetapi tersangat2 jarang menghuraikan tentang "link" antara bab kerohanian/ketenangan itu dengan realiti sebenar masyarakat. Realiti maksudnya kat sini, contoh, apa kaitannya baca Quran utk tenang hati, solat sunat banyak2 atau zikir sampai 100 kali, dengan kes2 buang bayi, rogol, corruption dalam politik dsb? Apa yg masyarakat Melayu sebenar2nya missing sampai tak ada pun kebaikan seperti yg diceritakan dalam bab kerohanian/ketenangan? Sebab apa taknak hurai? Sebab takut kena buang kerja.. Sebab yg akan ditegur itu nanti adalah org2 yg memberi mereka makan dan rezeki.

Mana pergi semua janji kata nak ubah landskap pemikiran org Islam supaya mereka lebih faham tentang AlQuran dan Sunnah? Tinggal sia-sia saja, sebab? Sebab perut sudah lapar, duit tak ada. Desperation pun datang, cakap yg sedap2 utk didengar saje takut dibuang kerja.

Tentang lulusan agama tak dpt kerja - Kalau majikan tu jenis yg pegang colok, mengadap patung ke, tidaklah rasa ralat kalau tidak beri kerja kepada lulusan agama. Tapi ini dari kalangan golongan mereka sendiri iaitu ustaz yg lebih senior, hanya kerana sebab2 yg tak masuk akal - sebab kamu baru balik dari Mekah, Madinah atau Jordan.

Sangat menyedihkan. Sangat memalukan.

Saturday, February 6, 2010

"Low value in, high value out"

Secara umumnya, sesuatu negara itu dikatakan bertaraf maju apabila ia mencapai dua kemampuan yang tidak ada pada negara yg sedang atau yg kurang membangun iaitu:-

1. Otak yg bagus: Level penguasaan dan budaya ilmu pengetahuan, intelek yang tinggi.
2. Tangan yg kuat: Kemampuan utk mencipta atau menghasilkan produk sendiri, dengan knowledge dan teknologi sendiri.

Contohnya US, ramai bijak-bijak pandai di sana yg mempunyai tahap ilmu yg tinggi hingga mampu merubah keadaan dalam negara dan antarabangsa. Wujudkan mcm2 idea, mcm2 ideologi, mcm2 skil, mcm2 doktrin dsb. Kemudian berkemampuan pula utk mencipta sendiri sesuatu produk di negara sendiri tanpa mengharapkan company luar atau kemahiran dari luar. Semuanya ada dalam negara sendiri. Ilmu dan produk mereka menakluk dunia, hingga ramai manusia yg dapat cari makan kerana company2 dari US.

Contohnya Jepun, Jepun mempunyai sistem pendidikan antara yg terbaik sbb mampu menghasilkan manusia yg mematuhi peraturan, diasuh dari sekolah jadi bila dah dewasa, masuk alam pekerjaan tidak ada masalah utk buat kerja, berfikir dengan peraturan. Semuanya dibuat dengan sangat teliti dan teratur. Bilangan org yg bercakap dengan ilmu adalah ramai. Membaca adalah satu kemestian di mana2. Kemudian Jepun mampu menghasilkan banyak produk sendiri dengan kualiti yg buat negara lain angkat topi.

Di Malaysia, kita kekurangan cerdik pandai, kekurangan org yg bercakap dgn ilmu dan hujah yg jelas, bercakap dengan fact and figures bukan sentimen. Ada tu ada tapi tak ramai yg mampu memberi impak hingga merubah landskap pemikiran manusia. Tak ramai. Yang ramai ialah bilangan pemegang kertas yg dipanggil sijil akademik yg digunakan utk apply kerja. Tapi bila bercakap serupa mcm org takde ilmu. Ilmu cuma on paper, hafal utk lulus periksa.

Dan terdapat segelintir professional yg memilih utk tinggal di negara lain yg mereka anggap lebih baik dan memudahkan mereka utk bekerja dengan selesa, baik dari segi kemudahan atau keselamatan. Ini adalah satu fenomena yg malang utk Malaysia. Yg bijak2 lari ke tempat lain, yg masuk ke negara ini pula yg jenis kurang pandai, tenaga separuh mahir, buruh, org gaji, kerja tiada permit sah. Yang high quality pergi, yg low quality datang masuk "buat perkampungan". - LOW VALUE IN, HIGH VALUE OUT.

Kemudian Malaysia masih kurang atau dalam setengah bidang masih tidak ada kemampuan utk menghasilkan produk sendiri, masih terpaksa bergantung kepada produk atau kepakaran luar. Ibarat bagi air mentah ke Singapura pada harga sangat murah, lepas tu beli pula air yg dah diproses dari Singapura dengan harga yg mahal.

Dasar Ekonomi Baru satu usaha utk merapatkan masalah jurang ekonomi yg dihadapi bumiputera termasuk org Melayu, tetapi bukanlah dengan cara memberi bantuan kewangan kepada perniagaan yg belum pasti berjaya. Kita jangan bertindak berdasarkan sentimen "kena tolong org Melayu" sebelum usaha dulu utk ubah mindset org Melayu. Nak sangat "tolong2 org Melayu" itu yang banyak kes duit hilang, lesap diambil org yg nak kayakan anak beranak.

Contohnya isu duit Tabung Haji pun kene lesap - rupa aje simpan janggut pakai kopiah putih. Jangan sibuk2 nak nampak kaya atau nampak alim. Ubah dulu gabus dalam kepala tu jadi otak. Sepatutnya sebahagian besar peruntukan under DEB adalah utk ubah mindset, jadikan org Melayu yg "boleh berfikir". Org lapar jangan diberi ikan, tapi diajar mcm mana menangkap ikan.

Betulkan mindset dulu, jangan sibuk2 nak cepat nampak kaya.

Bismillah dan Alhamdulillah (2)

Alhamdulillah

Seluruh perjalanan alam diatur oleh Allah. Semua yg ada di langit dan bumi, termasuk manusia tidak terlepas daripada kehendak dan ketetapan Allah. Sebagai manusia, kita mengharapkan seluruh kehidupan kita 24x7 diterima sbg ibadah, selari dgn firman Allah: "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaKu" -surah adz-dzaariyat (51) ayat 56.

Sebab itu apa saja yg kita lakukan mestilah dimulai dgn bismillah, dgn kefahaman kerja yg kita hendak buat itu ialah ibadah, perintah Allah. Tapi bukan simply2 sebut saja bismillah, kerja itu jadi ibadah. Boleh jadi apa yg manusia "rasa" benda tu baik, tapi Allah tak suruh pun. Thats why semua org berhak utk buka AlQuran, baca dan perhatikan apa sebenarnya yg Allah suruh manusia buat. There is no such thing as baca Quran terjemahan nanti jadi salah tafsir, jadi sesat. Berapa ramai manusia seluruh dunia yg memeluk Islam setelah membaca AlQuran dalam bahasa yg mereka faham. Tapi bila sampai di Malaysia, manusia yg didaftarkan sbg Islam pun tak digalakkan utk membaca AlQuran sebagai panduan hidup, sebagai panduan utk membuat keputusan.

Memang, ada hal2 berkaitan fekah yg kita kena ada org2 yg kerjanya fokus utk buat kajian, yg kita biasa panggil dgn panggilan ustaz. Tapi takkanlah org2 biasa yg sepatutnya sudah difahamkan tentang akidah Islam, tiba2 bila bab baca AlQuran terjemahan nanti jadi sesat salah tafsir. Then, apa sebenarnya yg dibelajar dalam pendidikan Islam bab akidah di sekolah sampai jadi macam tu? Sampai org Kristian nak pakai nama Allah pun jadi gelabah takut sesat?

Dengan kesedaran sesuatu kerja itu ibadah seperti yg Allah suruh, yg termaktub dalam AlQuran - bukan amalan setempat yg dianggap ibadah sbb manusia fikir ia baik. Apabila telah selesai ibadah yg dilaksanakan, maka disudahi dengan ucapan alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengatur hidup kita sehingga mengizinkan kita berkemampuan melaksana ibadah.

Itu sebenarnya alhamdulillah.

Contoh salahguna lafaz alhamdulillah:
"Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) kerana trofi yg saya menang ni. (Yeke Allah suruh menang trofi.)"

Kesimpulan
Bismillah: Dengan nama Allah, aku buat kerja ni kerana Allah suruh. Macam mana tahu Allah suruh, sebab dalam AlQuran tulis, sebab example Rasul dah pernah buat.

Alhamdulillah: Segala puji bagi Allah yg mengizinkan dan mengatur hidup aku, maka telah selesai satu kerja(ibadah) yg aku berjaya buat. Selesai satu kerja(ibadah) yg Rasul pun pernah buat.

Kalau ikutkan betul2, seluruh hidup kita 24x7 sampai kita mati, mesti hidup atas dasar bismillah - hidup semata-mata utk buat apa yg Allah suruh dan tidak kerana kepentingan lain.

Friday, February 5, 2010

Bismillah dan Alhamdulillah (1)

Dimulakan dgn Bismillah
Disudahi dgn Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah-mudahan dirahmati Allah.

- Raihan

Bismillah
Bismillah adalah satu lafaz yg walaupun sering diucap dalam kehidupan seharian, malangnya telah diabai penghayatan dan sgt jarang ada usaha penjelasan ttg apa itu Bismillah hinggakan ada di kalangan org yg mengaku Islam pun menyalahgunakan lafaz ini utk tujuan yg tidak selari dgn maksud dan kehendak sebenar Bismillah.

Lalu ia menjurus kepada penyalahgunaan - contohnya digunakan utk ala2 magic. Ala2 magic maksudnya, usaha tak seberapa, ataupun tak berusaha pun, atau apa yg diminta takde kaitan dgn sumbangan kpd Islam pun sebaliknya nak memenuhi kehendak peribadi, tapi bila baca bismillah harapannya ialah "harap2 boleh dapat, sebab sebut bismillah ada magic".

Contoh bila main daun terup, sebelum tgk kad ada yg sebut bismillah dgn harapan dpt kad yg dia nak - (harapan magic2)

Bila beramal tanpa kefahaman yg wajar, maka wujud org2 yg membuat kesimpulan atau assumption. Jadilah Islam itu berbagai-bagai, tidak tauhid - tidak menyatu.

Dalam satu scene dalam filem gladiator bila org2 istana datang ke tempat tahanan utk mencari Maximus, salah satu dialog berbunyi,

Praetorian: Open in the name of the Emperor. Proximo. Open the gates in the name of the Emperor. Proximo. Open the gates Proximo. Do you want to die, old man?

"In the name of the Emperor"/"Dengan nama maharaja" - bermaksud "satu perintah" supaya Proximo buka pintu pagar. Dengan "menepek" nama Emperor pada dialog itu, maka ia berupa satu order wajib dipenuhi, jika tidak nahas Proximo. Perintah = wajib dipenuhi = bukan cadangan, bukan nak buka tak nak buka pun takpe = bukan optional = it is an order = mesti jadi!

Bismillah - dengan nama Allah - bila diucapkan mestilah atas kesedaran bahawa apa yg dilakukan selepas ucapan itu adalah PERINTAH dari Allah. Contohnya sebelum makan, dengan kesedaran bahawa ambil makanan yg halal adalah satu perintah Allah, maka dimulai dgn bismillah.

Itulah sebenarnya Bismillah!

Menyebut bismillah bermakna melakukan sesuatu pekerjaan dengan kesedaran bahawa pekerjaan itu adalah satu perintah dari Allah. Tapi bukan simply2 ingat dengan sebut bismillah maka semua pekerjaan itu ibadah, perintah Allah. Sebagai org beriman sewajarnya faham yg apa yg termaktub dalam kalam Allah = AlQuran itulah diiktiraf sbg ibadah.

Kita kena buang jauh2 mentaliti ambilan "nenek moyang" iaitu mana2 perbuatan yg "difikirkan" baik maka ia adalah ibadah asalkan mula dgn bismillah. Boleh jadi apa yg manusia fikir baik, tapi sebenarnya Allah tak suruh.

Wednesday, February 3, 2010

Palestin sbg indicator level akidah umat Islam

Perut berbunyi jd indicator ia kosong dan badan perlukan makanan.
Letak tangan di dahi rasa panas, itu indicator temperature badan lebih dari normal, yg dipanggil demam.
Bila tanya brp haribulan tahun hijrah jawabnya "tak tahu", indicatornya tak ambil tahu, tak prihatin dan tak menghayati utk kegunaannya setiap hari.

Jadi apa indicator bagi level akidah umat Islam secara keseluruhan (overall indicator) yg berada di atas muka bumi skrg ni?

Nun, di sana - Palestin.
Ada saudara-saudara seagama kita dinafikan hak hidup sebagai manusia tapi 1.6 bilion org yg mengaku beriman kepada Allah atas muka bumi ni tidak mampu berbuat apa-apa.

Ini org2 yg sama yg mengucap syahadah, solat, bayar zakat dan puasa tiap2 tahun tetapi bila keadaan betul2 memerlukan utk menolong saudara yg dalam kesengsaraan - takde tindakan yg smpi ke level mampu mengubah. Setakat tadah tangan doa, "Ya Allah, selamatkanlah Palestin". Lepas habis doa, buat hal sendiri masing2, fikir psl kerja, fikir psl anak beranak, fikir nak g shopping. Seolah2 kerja selamatkan Palestin ni bukan kerja org yg mengaku beriman tapi "harap2 magic" nanti ada burung ababil jatuhkan batu berapi kat Israel. Apa punya pemikiran mcm ni?

Nanti ada pula org kata, habis tu kita yg takde kuasa ni apa boleh buat, daripada kamu tuduh2 org akidah lemah. Nah, di sini sebenarnya letaknya tanggungjawab every single soul yg mengaku beriman kepada Allah - berdakwah. Every single soul, do you get what i mean. Hal2 fekah, hal2 baca2 doa panjang ni takpe kita dah ramai ustaz2 bab ni.
Ini tentang perpaduan org Islam as a whole. Dan ini takkan jadi melainkan kita berbalik kpd kefahaman AlQuran dan Sunnah. Kefahaman AlQuran kat sini bukan semata-mata pakai kain pelikat, duduk bersila dlm surau dgr kuliah tafsir lepas tu rasa la beriman kejap sbb dgr benda2 agama. Pergi ambil satu kitab AlQuran, angkat sampai paras depan mata, ingatkan diri, haa ini yg kita nak kene ikut. Yang Rasulullah perjuang bersama sahabat2 sampai akhir hayat - bukan Islam buku teks, bukan Islam ala2 motivasi program tv, bukan Islam cakar2 nak pikat suami.

Semua jiwa yg mengaku beriman kena sampaikan walaupun satu ayat, walaupun cuma kalimah tauhid - la ila ha illallah - ajak manusia kepada penyatuan. Dalam Malaysia ni ramai manusia bermuka Melayu mengaku Islam tapi bila nak bercakap tentang satu padu dgn AlQuran, lidah tiba2 jadi kelu sbb lagi biasa follow lirik lagu contohnya dlm program tv celebrity karaoke.
The point is, kalau rasa diri itu beriman kpd Allah dan hari kemudian, kena ajak manusia kembali mendengar kata-kata Allah yg telah dibukukan dan diberi nama "AlQuran".

ORG BERIMAN WAJIB BERDAKWAH!

Isu kebanjiran pendatang asing dan pintu masuk negara sangat longgar

Malaysia menghadapi satu masalah unik yg mungkin jarang terdapat di negara-negara lain - kebanjiran pendatang asing hingga memudaratkan keselamatan org awam. Dan yg datang membanjiri itu pula level2 pendidikan yg diragui tahap kesedaran sivik. Kena parang, kena ragut, kena rogol, kene tipu, kena bunuh kejam, kena samun - berita2 membimbangkan plg terasa terutamanya mereka yg berada di luar negara dan membaca khabar tentang tanahair melalui bacaan online.

Pengalaman saya, saya pernah bertemu dgn rakyat contohnya dari Indonesia, Vietnam, Bangladesh yg berilmu dan berpekerti yg sama atau lebih baik dari rakyat Malaysia di Malaysia. Tapi itu di negara luar yg lebih maju. Yang datang ke Malaysia pula bukan dari "layer" yg baik2 ni. Yang datang kebanyakannya tenaga-tenaga buruh, yg tingkahlaku sosialnya meragukan dan membimbangkan.

Kawalan keluar masuk pendatang asing sangat lemah hingga ada yg mengambil kesempatan, jadi virus dalam negara, tinggal lebih tempoh atau tidak balik langsung. Itu belum campur lagi dengan yg kononnya datang melancong, datang belajar, tapi lepas tu hilang tanpa dapat dikesan. Baru-baru ini terbongkar isu 40,000 warganegara India yg tidak dapat dikesan selepas diberi kelonggaran VOA - visa on arrival.

Kejayaan sektor pelancongan yg claim achieve target kemasukan pelancong dan revenue - bukan sesuatu yg boleh dibanggakan kalau ia menyebabkan keselamatan dalam negara tergugat.

Ini bab serius, org yg berkuasa tolong jangan main-main. Berapa org perlu mati baru nak sedar yg kejar duit-duit kurang berkat (sebab tak jaga keselamatan) ni takde guna kalau negara jadi tak aman.

Saya tidak mempertikaikan hak warganegara luar utk dtg bekerja atau belajar di Malaysia. Isu di sini ialah keselamatan dalam negara yg tergugat. Nanti ada yg kata, "ini masih terkawal". Cuba kalau saudara dia yg kena parang? Adik sendiri kena rogol? Atau ibubapa sendiri yg kena rompak bunuh?

Jangan gadai negara. Jangan jual negara.

Tuesday, February 2, 2010

Penggunaan nama Allah oleh org bukan Islam

Dari sudut nas AlQuran
Banyak firman Allah yg telah menetapkan hak asasi manusia utk mengenali Tuhannya yg sebenar. Tuhan yg menciptakan hukum, yg menciptakan sekalian alam, yg menciptakan segala isi langit dan bumi, dan aturannya.

Regardless org itu dilahirkan Melayu bernama Ali contohnya, dilahirkan sbg Cina bernama Lim Kit Seong contohnya, dilahirkan sbg India bernama Samy contohnya - walaupun mereka dipisah-pisahkan dengan agama keturunan dan nenek moyang dan status kad pengenalan masing2 bertulis Islam, Kristian, Hindu dan sebagainya - hakikatnya Tuhan yg mengadakan mereka, menghidupkan mereka di atas muka bumi ialah Tuhan yg sama, Tuhan yg satu, Allah SWT.

Yang menjadikan Tuhan berbagai-bagai definisi yg mensyirikkan Allah, yg menjadikan manusia berpecah-pecah adalah lantaran tindakan manusia yg eksploit agama supaya agama berpihak kepada mereka utk kepentingan diri, kepentingan kaum keturunan, kepentingan kumpulan2 tertentu, atau limitaton pemikiran manusia yg melihat agama secara literal, bukan secara definisi. Maka jadilah bermacam-macam Tuhan, jadi bermacam-macam cara hidup, agama ni utk kaum ni, agama tu utk kaum tu. Padahal Tuhan itu satu.

Agama Samawi - Islam, Nasrani, Yahudi - diajak utk menyembah Tuhan yg Satu - Allah, taat kepada perintahNya yg sudah termaktub dalam AlQuran dan kitab-kitab sebelumnya iaitu Taurat, Zabur dan Injil. "Core" atau teras kepada Islam, Nasrani dan Yahudi adalah sama (sepatutnyalah, kalau tidak kerana eksploitasi agama) - iaitu akidah tauhid - mengadakan cara hidup yg Allah dah tetapkan di atas muka bumi, sejajar dengan kalimah tauhid La ilaha illaLlah - Tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah. Tidak ada sistem cara hidup lain selain yg Allah dah endorse.

Agama ni sebenarnya takde nama pun. Agama adalah agama. Addin - cara hidup. Kalau kamu sembah Allah sepertimana berdasarkan wahyunya dlm AlQuran, maka kamu beragama. Simple. Dan Islam bukan semata-mata bermaksud"sejahtera" mengikut direct translation. Islam sebenar-benarnya bermaksud "menyerah diri kepada Allah". Oleh itu agama yg disampaikan oleh Rasul-rasul spt Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW adalah agama yg sama. Agama yg menuntut manusia supaya menyembah Tuhan yg menciptakan mereka - Allah.

Kalau kita berpeluang berjumpa dgn umat Nabi Idris contohnya, ataupun umat Nabi Saleh contohnya, mereka pun boleh jadi hairan kalau kita sebut perkataan Allah dan Islam, sebab mereka bukan org Arab, bahasa Arab pun takde lagi, tetapi hakikatnya mereka pun sama menyembah Tuhan yg Satu, Tuhan yg menciptakan manusia, dengan cara hidup menyerah diri kepadaNya. Sebab perkataan "Allah". "Rasul" dan "Islam" ni bahasa Arab. Yang kita nak pertahankan ialah akidah tauhid yg "pure" seperti yg telah disampaikan oleh semua Rasul-rasul Allah.

Regardless dalam bahasa apapun agama itu disampaikan oleh Rasul kepada umatnya, mesejnya tetap sama. Sembahlah Allah, berpaling daripada taghut. Dan Islam di sini bermaksud menyerah diri kepada Allah. Bukan semata-mata register kat jabatan pendaftaran nak status Islam sebab boleh mengucap, sbb mak ayah lahir2 je mengaku Islam dsb. Itu bukan Islam=menyerah diri kpd Allah. Itu namanya agama keturunan. Agama nenek moyang, walaupun guna perkataan "Islam" juga.


Dari sudut konteks setempat - Malaysia
Di Malaysia, secara luarannya mmg nampak mcm majoritinya dipenuhi org Melayu yg berstatus Islam. Secara luarannya nampak menganut Islam=sejahtera, hakikatnya penghayatan Islam di negara ini bersifat literal dan ritual - agama keturunan, agama nenek moyang. Buktinya, apabila ada segolongan manusia yg mengajak supaya berserah diri kepada Allah seperti dalam AlQuran dan Sunnah - kembali kepada kefahaman akidah yg jelas, maka ada suara2 yg melenting dengan pertikaian seperti, "Takkan ustaz2 saya selama ni tak betul, takkan atuk nenek ajar saya selama ni tak betul, takkan alim ulama nusantara yg berjasa selama ni tak betul". Hukum2 jelas dalam AlQuran tak buat (org awam tidak digalakkan baca AlQuran terjemahan kerana didoktrin akan salah tafsir, nanti jadi sesat sbb baca Quran terjemahan), tapi yg dipertahankan amalan2 setempat nenek moyang yg masih dihalalkan atas alasan kerana "ia baik".

Ini mengingatkan saya pengalaman berjumpa dgn student2 Malaysia di luar negara - solat Maghribnya tidak, tapi sibuk buat kenduri baca yasin. Ini realiti masyarakat kita.

Perumpamaan saya boleh bagi kat sini, contohnya masakan rendang ayam. Rendang ayam ni salah satu masakan tradisi org Melayu. Katakan kita buat kempen supaya org sedar makan rendang ni tak elok, tak healthy, byk minyak, byk santan dsb. Dengan hujah2 yg jelas, org nampak kebenarannya - makan rendang ayam ni sebenarnya tak elok utk kesihatan. Tapi persoalannya, berapa ramai org boleh terima dan rela berubah. Nanti ada suara2 tak puas hati yg kata, ala apa salahnya makan rendang, ala apa salahnya makan sekali sekala, takkan selama ni pemakanan kita salah. SEBAB? Tradisi yg dah sebati dalam diri org Melayu.

Sama la dengan kefahaman Islam org Melayu di Malaysia. Dah sebati, dah kematu. Bukan Islam sebagai cara hidup yg "menyerah diri kpd Allah" tetapi Islam fahaman mereka ialah cara hidup yg semata-mata "sejahtera" dengan penghayatan dan amalan2 yg bersifat ritual. Bukan Islam yg progresif dan expanding sepertimana zaman2 kegemilangan Islam dulu, tetapi Islam jumud yg berlegar2 dalam kaum yg sama, berlegar2 dlm kalangan org2 tertentu sahaja yg masyarakat gelar sbg ustaz.

Dengan kefahaman Islam yg macam ni, sangatlah lemah bila menghadapi situasi seperti ada org non muslim hendak menggunakan perkataan Allah dalam penulisan agama mereka sebab dikhuatiri akan menyebabkan org Islam jadi keliru, jadi sesat, jadi pecah belah. Walaupun hakikatnya Tuhan yg menciptakan mereka dan menciptakan kita sama - Allah lah Tuhan kita. Baguslah, akhirnya sedar diri Tuhan kamu pun Allah. Tinggal lagi kita nak dakwah kpd mereka apa itu akidah tauhid - mengaku Tuhan mereka adalah Allah sepatutnya membantu usaha kita utk memahamkan mereka.

Sepatutnyalah.

Tapi org Melayu berstatus Islam di Malaysia sangatlah lemah kefahaman tentang agama, apatah lagi tentang agama yg terasnya akidah tauhid. Di sekolah mereka cuma ditekankan agama itu namanya Islam, Tuhan tu namanya Allah, sembahyang itu namanya solat, sebelum solat kena ambil wuduk, air ada macam2 ada air kolam, air hujan, air salji... , takde air boleh tayamum, ada yg kata debu tepuk dua kali jadi musta'mal..."Agama" yg susah. "Agama" yg menyebabkan ramai jadi mat rempit, sbb nanti2 bila dah tua bole taubat, masa muda utk buat dosa dulu.

Tak salah utk org agama lain utk sedar diri yg Tuhan mereka adalah Tuhan yg sama iaitu Allah. Tetapi kesungguhan mereka utk menggunakan perkataan Allah dilihat sbg usaha utk memesongkan org Melayu mengaku Islam. Padahal kalau ikutkan betul2, ini adalah advantage utk dakwah mereka kepada Islam=menyerah diri kepada Allah. Boleh buat tayangan perdana bincang antara agama, keluarkan hujah masing2.

Kadang2 saya hairan dgn alasan, lebih baik bincang tertutup sebab nanti bahaya bila org Islam dengar akan jadi keliru dan huru-hara. Jadi agama apa yg majoriti org Melayu faham dan belajar di sekolah smpi senang2 jadi keliru?
Agama gabus?

Situasi ini hanya menampakkan lagi kelemahan org Melayu yg menganut agama kerana keturunan dan nenek moyang dan ikut cakap2 ustaz, bukan agama yg benar yg boleh melenyapkan kebatilan.

Mungkin saya menulis ini dalam harapan yg kefahaman tentang akidah Islam di kalangan org yg mengaku Islam di negara ini adalah mantap, maka penggunaan nama Allah oleh org bukan Islam adalah satu rahmat, akan memberi advantage kepada usaha dakwah Islam. Tapi realitinya, ada sebilangan org Islam tidak tahu pun "nak buat apa dengan Islam ni" - masih lagi di takuk pemikiran lama, ditambah pula wujud kumpulan2 berkepentingan tertentu yang lebih rajin dan lebih sungguh2 dari golongan ustaz utk "memahamkan" org Islam.

Dengan kelemahan (dan kemalasan) org Islam utk memahami agama sendiri, maka kelebihan atau advantage terletak di tangan pihak agama lain yg berusaha utk mendapat hak mengguna nama Allah yg dikatakan untuk tujuan dan agenda tertentu.

Adakah Islam yg diamalkan sekarang tak sama dengan Islam yg pernah gemilang satu masa dulu.
Related Posts with Thumbnails