Monday, November 30, 2009

Africans in Malaysia - bila dah jadi baru nak bertindak (1)

Di negara ni, ada satu very bad habit dan tendency yg masih terus-menerus berlaku - bila dah melarat, baru nak bertindak. Bila dah ada org mati, baru nak buat kajian, baru nak ambil tindakan.

Dalam dua tiga hari ni, sekurang2nya ada tiga tulisan suratkhabar saya terbaca tentang warga2 afrika yg masuk dlm negara menggunakan pas pelajar bersepah dan berbahaya di bandaraya besar, atau guna pas pelancong tapi tak balik. Sepanjang pengalaman saya, kalau berjalan di area Taman Connaught atau Cyberjaya, mmg ada kelibat warga2 Afrika yg mencurigakan - takde rupa student. Suasana mcm ada underground business going on.

Saya tak pasti brp byk penambahan kes jenayah yg kita "berjaya" generate dgn kehadiran mereka. But we all can sense something is wrong. Especially kaum perempuanlah sengsara. Masalah jenayah locals meningkat pun tak selesai, tambah lagi dgn foreigners.

Seorang sahabat yg bekerja di Ampang pun pernah cerita tentang geng Africans yg dah conquer satu flat sampai berani marah2, ugut org yg lalu di tempat mereka. Satu indicator yg kehadiran foreigners "tak sekolah" ni menggugat keselamatan awam.

Tapi yang saya nak utarakan kat sini bukan semata2 tentang undang2 longgar yg menyebabkan kebanjiran warga asing. Isu pintu masuk longgar ni pun satu hal juga, dah berlarutan sejak dulu lagi.

Isu besarnya sekarang ialah: sindrom Bila dah melarat, baru nak bertindak.

Saturday, November 28, 2009

Komen tentang: Mencari kebenaran beragama

Rencana Utusan
(3 jam selepas membaca rencana utusan..)

Kadang2, saya berasa hairan bila ada setengah pihak yg mendakwa berjuang utk memenangkan agama, tapi menggambarkan agama ini sesuatu yg susah dan komplikated utk difahami oleh org awam.

Adakah fakta dalam agama ni begitu berbelit2, kabur, sangat dahsyat tricky, banyak muslihat, seperti yg digambarkan dalam tulisan rencana ni? Apatah lagi, kebenaran sudah tentu datangnya dari sumber AlQuran dan Sunnah.

Digambarkan katakan ada segolongan manusia yg ikhlas menerangkan dgn jelas kefahaman Islam yg tulen, pun mesti ditolak kerana:-

1) Mereka ni sebenarnya berniat jahat. Mereka ni ibarat bagi makanan tp bubuh racun di dalamnya.
2) Mereka ni menyimpang dari arus majoriti. Mereka ni pelik, padahal kita ni betul sbb kita ikut apa yg "ulama" dah kata malah dah sebati juga diterima ramai. Takkan amalan kita selama ni tak betul.

Please lah. Jangan jadikan agama sbg sesuatu yg sukar difahami dengan serangan menggunakan sentimen.
Dan jangan gunakan jawatan dalam urusan agama utk menakut-nakutkan org mencari kebenaran.

Adakah ayat seperti, "saya ikut aje apa ustad saya kata, saya ikut aje pendapat majoriti ttg agama, arus perdana is always right.." adalah jawapan yg valid utk justify tindakan kita semasa hidup apabila disoaljawab di mahkamah akhirat nanti?

Agama is everywhere. Apa yg kita dpt dengar, apa yg kita dpt lihat di muka bumi ni semuanya ada kaitan dengan agama. Agama sgt luas, lebih luas dari kita depa kedua2 tangan. Even udara yg kita hidu ada termaktub dalam agama. Pandanglah ke langit biru, itu pun ada ditulis dalam agama. Cara berurusan sesama manusia ada kaitan dgn agama. Cara berfikir pun agama tunjuk. Even teknologi canggih yg kita gunapakai pun datang dari agama. Penemuan ilmu saintifik pun hasil sumbangan agama.

Jangan susahkan urusan agama, dan jangan halang org lain utk berubah.
Bukti dah depan mata, umat Islam byk problem. Tak follow the proper system. Ramai yg blind following.
Situasi penghayatan agama sekarang perlukan "fresh installation". Iaitu kembali kepada kefahaman akidah.

Friday, November 27, 2009

Jangan bunuh intelektual

(Artikel ini tulisan Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tersiar di Utusan Malaysia 27 Nov 2009)

Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) intelektual. Namun, sebagai manusia biasa, beliau tidak bebas daripada kelemahan. Begitu juga intelektual lain. Justeru, mereka boleh dikritik. Tetapi, cara beliau diserang baru-baru ini adalah tidak adil. Begitu juga dengan cara intelektual lain yang pernah diserang.

Islam meletakkan intelektual/ulama di tempat tertinggi, iaitu sebagai pewaris para Nabi (Hadis riwayat At-Tirmidzi). Kita memerlukan intelektual untuk mendefinisi, meneroka, membentuk, membangunkan, mempertahankan dan meneruskan tamadun dan peradaban.

Membina intelektual yang hebat, kelas pertama dan bertaraf dunia bukanlah mudah. Kita melakukan segala-galanya untuk melahirkan dan memperkukuhkannya. Antaranya, ialah menyediakan pensyarah universiti berkelulusan PhD atau setaraf.

Kita juga berusaha mewujudkan iklim yang kondusif untuk membangunkan intelektual dan meningkatkan peranannya. Antaranya ialah melonjakkan budaya ilmu, menggalakkan debat, merancakkan penyelidikan dan memperbanyakkan penulisan.

Menurut Syed Hussein Alatas (1977), dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, definisi intelektual ialah

“orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya”.

Menurutnya lagi,

“Pengetahuan tentang suatu pokok permasalahan tertentu atau memiliki sesuatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual, walaupun hal ini sering kali berdampingan: banyak didapati pemegang gelar dan profesor yang tidak memusatkan diri untuk mengembangkan bidang mereka atau berusaha menemukan pemecahan atas masalah tertentu dalam bidangnya. Sebaliknya, orang yang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pokok bahasan yang diminatinya.”

Intelektual diharapkan memikul amanah tamadun dan peradaban dengan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi fenomena di US, iaitu yang disebut oleh Frank Furedi (2004) dalam bukunya Where Have All the Intellectuals Gone?, di mana pemikir seperti Betrand Russel, Raymond Williams atau Hannah Arendt, iaitu tokoh yang mempunyai ilmu yang tulen, visi yang luas dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat telah diganti oleh peramal yang dangkal, pengkaji yang apologis dan pakar pemutar isu.

Intelektual subur dalam masyarakat yang menghayati budaya ilmu, yang menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1991) dalam bukunya, Penjelasan Budaya Ilmu, ialah masyarakat yang meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi, sentiasa menuntut, mengembang dan mengongsi ilmu serta setiap keputusan adalah berasaskan ilmu.

Malangnya, dalam sejarah, berlaku beberapa tragedi intelektual dibunuh. Di barat, ada intelektual dibunuh kerana bertentangan pendapat dengan pihak berkuasa agama. Di timur, ada Revolusi Kebudayaan yang mengorbankan satu generasi intelektual. Di sini, intelektual Kaum Muda dihentam Kaum Tua.

Antara ciri-ciri lazim intelektual dan penentangnya ialah:

  • Intelektual berusia muda, walaupun ada yang berumur. Penentangnya lebih tua, atau kalaupun muda, tetapi tua pemikirannya.
  • Intelektual rajin menulis buku dan rencana, membentang kertas kerja di seminar ilmiah, menjadi kolumnis, sering diundang media elektronik serta ada laman web, blog dan sebagainya. Penentangnya kurang rajin.
  • Intelektual aktif mengeluarkan pendapat tanpa ragu atau ampu. Penentangnya kurang aktif.
  • Intelektual kritis, progresif dan adakalanya berbeza dengan pemikiran arus perdana. Penentangnya jumud, sering bersama arus perdana, manakala arus perdana adakalanya tidak mempunyai apa-apa pemikiran pun.
  • Intelektual artikulasi. Penentangnya tidak mampu berhujah.
  • Intelektual menggunakan pendekatan bijaksana, dinamik dan sesuai dengan keperluan kontemporari. Penentangnya terikat dengan pendekatan lama yang ditolak kumpulan sasar.
Antara cara penentangan yang lazim terhadap intelektual ialah:

  • Tuduh pendapat intelektual bukan idea baru tetapi idea lama yang dikitar semula. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami idea baru yang disampaikan intelektual. Kalaupun ada idea lama yang diungkap semula, bukankah sentiasa ada manusia baru yang perlu diulangkan ajaran yang sama? Contohnya, guru yang sama perlu mengajar subjek yang sama setiap tahun kerana menerima murid baru.
  • Tuduh intelektual bincang perkara ranting dan bukan fundamental atau prioriti. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami ketika banyak perkara fundamental dan prioriti dibincangkan intelektual, lalu diambillah perkara ranting itu untuk ditonjolkan.
  • Tuduh intelektual membawa faham yang salah. Sebenarnya, penentangnya tidak tahu pun apa yang dikatakan salah itu, tidak tahu bahawa apa yang dikatakan salah itu tidak salah pun, dan tidak sedar bahawa dirinya sendiri pun menggunakan apa yang dikatakan salah itu.
  • Tuduh intelektual mengelirukan. Sebenarnya, penentangnya tidak selesa dengan tradisi ilmu yang menggalakkan debat dan lebih suka menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang lain.
  • Tuduh intelektual menonjolkan diri. Sebenarnya, penentangnya yang tidak berbuat apa-apa dan iri hati melihat orang lain lebih.
  • Tuduh intelektual rapat dengan orang yang dianggap kurang baik. Sebenarnya penentangnya bersifat prejudis, menganggap dirinya sempurna.
  • Tuduh intelektual mencerca ulama. Sebenarnya intelektual bukan “mencerca”, tetapi “mengkritik”, yang digalakkan tradisi ilmu. Kecualilah jika ulama maksum lalu tidak boleh dikritik. Masalahnya, ada yang mendakwa ulama itu bukan pun ulama.
Tetapi, apa yang lebih penting ialah mengapakah dibezakan antara “intelektual” dan “ulama“? Masihkah ingin diteruskan unsur sekularisme dalam menguruskan Islam dengan mewujudkan golongan penguasa dan pendominasi agama serta terus menerus memisahkan intelektual dengan ulama?

Lupakah kita pada usaha-usaha, contohnya, “pengislaman ilmu” oleh Ismail Faruqi dan “mengintelektualkan ulama dan mengulamakkan intelektual” oleh Mohd Natsir?

Tuduh intelektual muda kurang pengalaman atau tidak menghormati orang tua. Sebenarnya penentangnya lupa bahawa dunia telah berubah. Pengalamannya mungkin tidak lagi relevan, hormat perlu diusahakan bukan dipaksakan dan kini wujud konsep baru seperti penghakupayaan dan partisipasi orang muda.

Larang intelektual bercakap tajuk tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara.

Utamakan seniority dalam peruntukan penyelidikan atau lantikan jawatan hingga intelektual ketinggalan. Ini bertentangan dengan nilai kecemerlangan.

Cari, malahan cipta, kelemahan intelektual. Ini dendam peribadi.

Apabila berlaku pertelingkahan antara intelektual dan penentangnya, maka penentangnya mencadangkan agar berdamai. Tetapi, perdamaian perlu dilaksanakan dengan adil.

Apabila intelektual yang diserang mempertahankan haknya, penentangnya tidak mampu berhujah, lalu menyelamatkan diri dengan mencadangkan berdamai. Kalau perkara ini berulang, maka intelektual akan sentiasa menjadi mangsa penentangnya dalam fenomena pembulian intelektual.

Kesimpulannya, kita perlu memperkukuh, bukannya membunuh intelektual.

Datuk Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Tuesday, November 24, 2009

Menilai isu agama dengan fakta, khabar angin atau doktrin (2)

3. Doktrin
Di Malaysia, rata-rata umat Islam difahamkan bahawa penghayatan agama di sini mengikut akidah Ahlus-sunnah wal jamaah bermazhab Shafie. Walaupun tidaklah semua amalan di sini ikut mazhab Shafie seperti yg ditulis dlm kitab beliau. Contohnya, amalan membaca doa secara kuat beramai2 selepas solat jemaah. Memadailah dibaca kuat sekali sekala dgn intention utk mengajar hadirin. Most of the time, bacalah doa sendiri dgn suara perlahan dan perasaan rendah diri kpd Allah.

Tidak bersalaman lepas solat tidaklah membuat umat Islam berpecah belah. Tapi bergaduh disebabkan parti politik, bergaduh di tempat kerja, bergaduh sbb semangat kenegerian itulah yg menyebabkan umat berpecah.

Kadang2 kita ni terlalu obses kepada benda2 yg dikatakan "pahala extra" tp tak buat yg "pahala wajib". Apa yg asal2 AlQuran dan Sunnah tuntut boleh ter"overlook". Bila umat Islam byk ketinggalan, salahkan takdir, salahkan pendakwah agama lain yg "buat kerja".

4. Kesimpulan
Agama berdiri dgn hujah dan fakta yg jelas. Sumber fakta agama ialah AlQuran dan Sunnah. Pendapat tidak maksum dan terbuka kepada perbincangan.

AlQuran adalah satu kitab yg penuh dgn pelbagai ilmu, hujah, formula dan fakta saintifik. Ilmuwan silam Islam dari latar belakang pendidikan berteraskan AlQuran berjaya menyumbang kpd penemuan2 ilmu spt dlm bidang fizik, kimia, biologi, astronomi, matematik dan muzik. Tetapi pada zaman sekarang, umat Islam membaca AlQuran hanya utk khatam, utk kenduri tahlil, pertandingan tarannum, lulus periksa, tenangkan hati dan menghalau hantu nenek kebayan. Kalau kebanyakan mereka cuba belek2 ayat AlQuran, mereka pun tak tahu mcm mana boleh extract ilmu2 saintifik daripada ayat AlQuran. Kisah2 Nabi pula menjadi bedtime stories versi islamik, sbb tak tahu nak buat apa dgn kisah2 ni.

AlQuran adalah sumber kefahaman akidah - sebab tu semua org berhak utk buka sendiri kitab AlQuran, baca dan faham isi kandungannya. Mengaku beragama tanpa akidah, serupa saja seperti takde agama. Sebab tu ada yg convert - lost trust. Agama pula cuma pd luaran sahaja. Kosmetik. Boleh baca doa panjang2 sikit daripada org lain, rajin pakai kopiah putih dah kira "alim".

Agama ialah sistem, ilmu dan fakta. Agama bukan doktrin yg perlu dipaksa2 sehingga hujah lemah tidak boleh dipersoal. Agama bukan rumors or propaganda yg byk cerita tak benar didorong oleh sentimen.

Sunday, November 22, 2009

Menilai isu agama dengan fakta, khabar angin atau doktrin (1)

1. Fakta
Sumber rujukan utama agama ialah AlQuran dan Sunnah.

AlQuran sbg satu kitab himpunan wahyu yg diturunkan kpd Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril selama 23 tahun. Sunnah pula merujuk kpd perbuatan Rasul Allah samada dlm bentuk percakapan atau tindakan. Atau dalam perkataan lain, "cara Rasul (menyampaikan)". Kedua-dua sumber ini adalah fakta dan saintifik.

Bagaimana pula dgn pendapat ulama? Pendapat ulama dijadikan rujukan selepas dua sumber fakta ini: AlQuran dan Sunnah, dan ia terbuka kepada perbincangan - tidak maksum. Ulama juga manusia dan kadang kala pendapat yg dikeluarkan relevan pada suatu zaman, tetapi perlu dikaji semula apabila zaman berubah.  

Sumber rujukan utama agama ialah AlQuran dan Sunnah. Bukan terus sibuk2 cari, "mengikut pendapat imam ni, mengikut pendapat imam tu, mengikut ijma ulama, mengikut imam muktabar, mengikut mengikut, dia kata mcm tu, dia kata mcm ni, last2 ikut2 org ajelah senang..". Sebab tu agama jadi pening.

Kena lepas dulu first checkpoint: "apa yg Allah nak (AlQuran)", second: "bagaimana Rasul perbuat (Sunnah)" kemudian baru tengok pendapat ulama.


2. Khabar angin (Rumours / Rumors)
Khabar angin - sesuatu yg kabur dan tak pasti tapi cepat tersebar. Contoh paling mudah dan terdekat ialah kes salah seorang saudara kita, bernama Dr Asri yg dituduh sbg pembawa fahaman wahabi. Saling tak tumpah sepertimana ketika US label terrorist ni sbg org yg bernama spt org Islam, biasanya keturunan Arab, janggut panjang, pakai jubah or serban..cukup ciri2 ni maka dia terrorist, berhak ditembak walaupun di tempat awam demi keselamatan awam, walaupun org tu takde kaitan pun dgn terrorist.

Nak ikutkan ceramah2 Dr Asri hujahnya berlandaskan AlQuran dan Sunnah - boleh check kat website atau youtube. Takde bukti nak dakwa dia bawa apa2 fahaman yg pelik, so terpaksalah tangkap atas alasan bagi ceramah agama takde tauliah.

Pada masa yg sama, banyaklah berita atau tulisan supaya org ramai berhati2 dgn fahaman wahabi ni, bahaya, boleh pecah belah umat - serious digambarkan mcm terrorist. Sebut saja nama dia, terus ingat satu fahaman yg start dgn huruf "W". Mcm bila dgr nama Osama, terus teringat alQaeda. Bila nmpk org janggut panjang, terus ingat dia kerja dgn terrorist, simpan bom dlm jubah.

Surprisingly sebahagian daripada rumors ni datang drpd manusia yg mendakwa mereka golongan agama. Rumors. Sebilangan orang awam ada yg keliru, sbb fakta dan hujah ilmiah digambarkan sbg sesat dan memecah belah, rumors digembar-gemburkan sbg fakta agama.

Perpaduan dengan pendidikan

1. Sekolah vernakular
Saya pun tak pasti apa niat asal sebenar2nya dibenarkan adanya sekolah vernakular selain sekolah kebangsaan sejak awal kemerdekaan. Mungkin cara mudah utk meraih undi - sbb dlm sistem demokrasi kuasa diperoleh melalui perebutan kerusi dlm pilihanraya.

Mungkin memuaskan hati pengundi2 kaum lain dgn menawarkan kemudahan yg tak sewajarnya.

Atau mungkin sbb toleransi tak bertempat dan berlebih2an. Org melayu begitu hati mulia.. bagi mcm2, smpi Singapura pun dah melepas ke tangan ultrakiasu.

Sementara tgh situasi idea utk jadikan sistem pendidikan kepada satu aliran menemui jalan buntu, saya cadangkan supaya bahasa mandarin komunikasi dan tamil komunikasi diajar di sekolah2 kebangsaan - samada ambil salah satu atau kedua2nya.

You'll be surprised kalau boleh baca suratkhabar atau penulisan mereka, as if dalam negara ni ada "negara" lain.

2. Pendidikan Islam
Pendidikan Islam di negara ni kurang penekanan kpd kefahaman akidah. Yg diberi penekanan pula ialah cara2 ibadah, hukum2 fekah, hujah2 lemah spt buat baik dpt pahala, buat jahat dpt dosa, org baik masuk syurga, org jahat masuk neraka - sbb tu senang skor A, habis je exam rasa diri dah cukup Islam.

They expect dgn silibus yg lemah seperti ini akan menyelamatkan org Melayu berstatus Islam daripada unsur2 syirik yg bertebaran dalam negara ini.

They expect dgn baca muqaddam, baca AlQuran smpi khatam tanpa mengetahui apa makna isi kandungannya dan serah bulat2 urusan agama kpd geng2 lebai akan masukkan mereka ke dalam syurga dan selamat dari api neraka

Pendidikan Islam mesti bermula dgn kefahaman akidah.

Tanpa kefahaman akidah, atas dasar apa org2 yg berstatus Islam di negara ini mengaku beriman? Terikut-ikut? Terpaksa? Sebab ustad cakap? Sebab takut kene marah? Sebab dah takdir, lahir2 je dpt mak ayah org Melayu? Sebab kitab agama cakap?

Sebab tu ramai murtad, sbb tu ada yg ragu2 dgn kemampuan Islam, sbb tu ramai yg bernama spt org Islam tapi serupa saja cara hidup spt bukan Islam. Bukan salah solat 5 waktu, bukan salah zakat rm7 setahun. Dan semestinya bukan salah takdir. Salahnya sbb pendidikan Islam yg ada tak sampaikan kefahaman akidah dgn jelas.

3. Sekolah kebangsaan
Matlamat bersekolah di negara ni harus diubah daripada utk "lulus periksa supaya boleh dpt kerja bagus2, tamak duit, stres kerja kemudian pukul balik guru sbb rotan anaknya" kpd utk "membentuk manusia berkarakter manusia yg boleh berfikir sebagai manusia".

Kita tak perlukan kelulusan engineer, executive tp curi duit company, kaki bodek, kaki simbah asid, pukul guru...

Dan pelajar2 skolah yg melepak, merompak, bergaul bebas, buli smpi mati, mmg - sorry to say - produk yg gagal. Tolong jgn bagi alasan ini kes terpencil dan terkawal. 

Kalau lihat ketika Rasulullah dpt wahyu pertama yg disampaikan oleh Jibril dlm surah Al Alaq - pendidikan awal manusia ialah kenal bahawa dia dicipta oleh Tuhannya. "Bacalah! Dgn nama Tuhanmu yg menciptakan." Dekat sini sistem pendidikan kita tak tekankan. Fahamkan pelajar yg kita ni manusia yg diciptakan Tuhan - oleh itu hidup kena ikut law / sistem yg dah ditetapkanNya.

Saya tak tahulah kalau sebut perkataan "Tuhan" dalam sekolah boleh buat org sensitif dan melenting. Kecuali kalau kita hidup dlm negara yg sekular. Agama cuma berlegar2 dlm rumah ibadat.

Wednesday, November 18, 2009

Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kamu

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." - Surah An-nisa ayat 59

Ayat suci AlQuran ini sering diperdengarkan utk menjelaskan hubungan sosial antara pemimpin dan org yg dipimpinnya. Rakyat difahamkan supaya memberi ketaatan kepada pemimpin yg dilantik, kerana mereka adalah ulil amri seperti yg disebut dlm AlQuran.

Tapi ketaatan bagaimana yg dituntut dalam Islam? Adakah semua atau apa saja yg keluar dari mulut ulil amri wajib ditaati?

Kalau diteliti ayat AlQuran di atas, perkataan "taatilah" hanya berada pada Allah dan RasulNya. Bermakna ketaatan mutlak hanya diberi kpd Allah dan RasulNya. Ketaatan kpd ulil amri hanya dlm satu kondisi, iaitu apabila ulil amri menyeru kepada taati Allah dan taati Rasul.

Tugas ulil amri ialah memastikan perintah Allah dan Sunnah RasulNya sampai kepada rakyat dan dilaksanakan. Peranan ulil amri ialah supaya rakyat mendapat hak asasi mereka iaitu hak utk hidup dalam suasana Islam.

Dalam erti kata lain, ulil amri wajib ditaati selagi arahan yg dikeluarkan bermatlamat utk mentaati Allah dan mentaati Rasul.

Mencari ulil amri yg haq

Masalah bila environment dalam sebuah negara atau perlembagaannya tidak berteraskan AlQuran dan Sunnah:-

Pertama, bukan semua pemimpin berfungsi sebagai seorang ulil amri - iaitu mengajak kepada taati Allah dan taati Rasul.

Kedua, even dalam gerakan yg mendakwa ingin menegakkan agama, ada segelintir pemimpin yg menggunakan ayat AlQuran utk keuntungan dunia yg sedikit, dalam erti kata lain menggunakan agama utk memenuhi kepentingan peribadi.

Saturday, November 14, 2009

Komen tentang: Tauliah pihak berkuasa perlu

Peraturan pihak berkuasa agama peninggalan bekas penjajah

Artikel dari Forum Utusan

1. First and foremost, peraturan supaya aktiviti berceramah agama di masjid atau surau mesti mendapatkan tauliah dari jabatan agama diperkenalkan sejak negara masih di bawah kawalan penjajah, untuk mengekang mana2 gerakan yg meyeru kewajipan jihad, bersatu dan memenangkan agama.

Akibatnya seruan jihad tidak smpi kepada semua org Islam, tinggallah agama itu hanya pada amalan2 ritual sahaja. Mana2 pejuang yg menyeru kpd kebangkitan tidak akan diberi tauliah dan ditangkap oleh kerajaan penjajah.

Undang-undang ini masih digunapakai oleh jabatan agama sbg satu bentuk kawalan terutamanya kepada ceramah atau ajaran yg bercanggah dgn akidah Islam, dlm perkataan lain - sesat. Siapa yg sesat tidak akan diberi tauliah utk berceramah.

2. Pendapat bahawa pendakwah perlu ada tauliah utk memberi ceramah, doktor mesti ada kebenaran pihak berkuasa utk berkhidmat, peguam mesti dpt pengesahan dsb.. sesuai jika platform dakwah yg digunakan ialah tempat rasmi seperti pejabat, hospital, mahkamah, rancangan tv dsb. Maknanya penceramah yg dijemput mestilah mendapat kelulusan jabatan agama.

3. Tapi dalam konteks seorang manusia berjalan di muka bumi dan sedar tanggungjawabnya kpd masyarakat, adakah dia mesti mendapatkan tauliah baru boleh mencurahkan ilmu dan kepakaran? Adakah seorang doktor yg sah kelulusannya perlu terhegeh2 call pihak berkuasa minta tauliah, ketika seorang pesakit sedang terbaring di tepi jalan kerana sakit jantung - setelah dibenarkan baru dia tolong?

Adakah seorang peguam yg diminta nasihat tentang suatu agreement, ada unsur penipuan atau tak - maka dia terpaksa menjawab, "Ya, saya dah teliti dokumen dan perasan ada beberapa tempat yg salah, tapi sebab saya takde tauliah utk bercakap maka saya tak boleh beritahu awak."

Adakah seorang yg pernah memegang jawatan mufti yg tidak disangkal lagi pengetahuan agamanya perlu mendapatkan tauliah dari jabatan agama apabila platform yg digunakannya ialah tempat persendirian - atas jemputan tuan rumah, ketika masyarakat dahagakan ilmu dan penjelasan yg jelas tentang isu kritikal seperti akidah?

4. Adakah tauliah dari jabatan agama is so great smpi boleh overwrite tauliah daripada Tuhan yg menjadikan manusia supaya berfungsi sbg khalifah di muka bumi?

5. Adakah semua manusia yg beriman dan sedar tanggungjawab menyampaikan risalah Allah walaupun satu ayat perlu memohon tauliah dari jabatan agama? Bagaimana pula dgn golongan professional, motivator, guru.. yg perlu berdakwah dalam kapasiti masing2, adakah mereka tidak dibenarkan bercakap ttg agama kalau tiada tauliah? Kalau mcm ni, usaha dakwah terbantut dan bicara agama menjadi eksklusif kpd pemegang tauliah. Seolah2 Islam ni ada copyright dan hanya jabatan agama yg pegang.

6. Kalau seorang penceramah bergerak sendiri ataupun dijemput, platform pula tempat tak rasmi spt rumah kediaman, maka jabatan agama boleh ambil tindakan jika dan hanya jika kandungan ceramahnya bertentangan dgn akidah Islam - dalam perkataan lain sesat. Buktikan dulu yg penceramah itu sesat dgn bukti2 yg jelas berdasarkan hujah AlQuran dan Sunnah, barulah nak perjelaskan ke nak tangkap ke. Bukan simply2 tangkap dulu lepas tu baru fikir nak dakwa apa pada penceramah yg mereka tak puas hati.

7. Maka duduklah semua org di rumah - tak boleh keluar berdakwah walaupun sbg seorang manusia - terpaksa menonton rancangan berbentuk agama yg lemau, tak progresif, byk fairy tales... sebab tak ada tauliah dari jabatan agama.

Monday, November 9, 2009

Isu semasa sekitar urusan agama

3. Komen tentang bai'ah PAS

Dilaporkan ada antara wakil rakyat PAS yg berbai'ah kpd parti, jika didapati khianat atau bertukar parti maka jatuh talak ke atas isteri mereka. Dalam perkataan lain, once sudah ikrar sbg wakil rakyat bg satu parti politik demokrasi yg ingin memartabatkan agama Islam ni, maka tidak boleh lagi bertukar ke parti2 politik demokrasi yg lain. Jika tidak, akibatnya automatik jadi duda segera. Mana-mana platform pun yg matlamatnya utk memenangkan Islam mestilah seluruh tindak tanduknya berpandukan AlQuran dan Sunnah, bukan sentimen. Kesahihan tentang kes bai'ah ni dalam siasatan parti yg terlibat.   

4. Agama bukan hak eksklusif ulama

Bila difikirkan balik, ada hikmah juga insiden terbaru Dr.Asri dan JAIS. Bukanlah maksudnya saya setuju dgn cara "tangkap baru nk cari dakwa" ni. Tapi kita dpt lihat, semua pihak samada dari kerajaan, parti pembangkang, NGO - baik yg selama ni mmg bersama Dr.Asri atau pernah dikritik Dr.Asri, profesional, penulis artikel suratkhabar - muslim atau non-muslim, org Melayu, Cina, India, artis.. satu suara dlm memperkatakan tentang isu agama Islam di negara ni, yg kelihatan seakan dipelopori oleh segolongan berjawatan agama yg konservatif. Kalau ada satu pihak yg berbeza pendapat maka berbagai tuduhan tanpa hujah digunakan utk mendiamkan gerakan pembaharuan. Seolah2 agama adalah milik sekumpulan manusia sahaja. Saya yakin Dr. Asri sudah menjangka akan ada tentangan dari "mainstream agama", cuma tak tahu bila dan bagaimana.

Komen:
Agama adalah hak mutlak Allah, Tuhan Sekalian Alam yg menciptakan seluruh isi langit dan bumi termasuk manusia. Seluruh alam berjalan mengikut sistem yg telah ditetapkanNya. Sepertimana kita melihat kelogikan dan ke'masuk akal'an dlm ilmu2 (definitely dari Allah) spt matematik, fizik, kimia, astronomi...sepatutnya seperti itulah kita melihat kelogikan dalam cara hidup yg diredhai Allah, iaitu Islam. Oleh itu, Islam mesti tertegak dgn hujah yg jelas, bukan paksaan.

Di Malaysia masalahnya, sesiapa yg mempersoalkan hujah lemah dari golongan agama straightaway akan dituduh mempertikai agama, lemah iman. Kelemahan utk provide hujah yg jelas menyebabkan ada segelintir org yg dilahirkan berstatus Islam dlm kad pengenalan bertukar ke fahaman lain yg mereka rasakan lebih masuk akal, contohnya sains (padahal sains itu dtg dr Islam, cumanya segelintir golongan agama yg membuat mentaliti sains jauh dari Islam dgn penjelasan yg tak masuk akal dan banyak magic2, ataupun cara paksa2). Ada sebahagian mereka yg convert ke agama2 lain yg terdapat di negara ni.

Ramai ilmuwan silam Islam yg lahir hasil daripada pendidikan Islam berteraskan AlQuran - contribute mcm2 ilmu pengetahuan yg logik dan saintifik, tp bila smpi pada kita, pendidikan Islam yg ada melahirkan generasi yg ragu2 - blur2, jd mat rempit, jd pencopek duit rakyat, jd hamba "career path" diperah bekerja utk bayar bank loan seumur hidup. Nampak tak apa yg missing kat sini... - kefahaman AlQuran dan Sunnah yg jelas.

Satu lagi, sekadar peringatan bagi mereka yg mendakwa ingin menegakkan agama (termasuk dua kes di atas), ingatlah firman Allah semoga kita tidak bertindak melampaui batas:-

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." - Surah Al Baqarah, ayat 79.

Mengubah sikap dengan pendidikan

1. Khidmat komuter KTM semakin baik atau bertambah buruk?

Tentang servis mendukacitakan komuter KTM ni bukan sesuatu yg baru diperkatakan. Sebagai satu kemudahan public transport, alasan - lambat, tak punctual, tak ikut jadual, train rosak - memang tak boleh diterima. Ada student terpaksa repeat paper exam, businessman terlepas deal, yg lambat smpi rumah tengah malam, disebabkan oleh train komuter KTM tak datang, tak sampai pada masa yg dijanji. Pengguna terpaksa menanggung kesusahan, kerugian yg bukan sedikit, smpi affect masa depan. Kalau di negara maju, memang sah2 kena saman sbb service teruk, tak cekap.

2. Permainan hambar, penonton ganas warnai Piala Malaysia

Bolasepak di Malaysia, mainnya tak lah seberapa. Ranking dunia pun...150(?). Tak kisah la berapa. Tapi dia punya havoc, gaduh antara penyokong, baling mercun, pecah kereta baling batu.. mcm pernah masuk World Cup. Kalau main level dunia, penonton pun happening, then faham la juga. Rasanya kalau negara lain tgk match bola Malaysia, compare dgn gelagat fanatik penontonnya, mesti gelihati. Skill kurang, emosi pula yg lebih2. Dalam suratkhabar, penyokong2 bolasepak satu negeri ni ada yg baling mercun kat LRT, tolak2 maki2 org lain. Again, saya nak kata - bolasepaknya tak lah seberapa, tapi havoc nya lebih. Dramanya lebih2, sebiji mcm drama melayu - pengisian kurang, yg byknya gaduh, byk busuk hati.

Komen:
Keretapi dan bolasepak. Antara peninggalan2 dari zaman British yg masih wujud hingga sekarang. Termasuk juga sistem demokrasi yg diamalkan oleh kerajaan. Tapi bezanya keretapi, bolasepak dgn sistem kerajaan demokrasi ialah British tak ajar cara nak memajukan sektor pengangkutan keretapi dan sektor sukan bolasepak, sepertimana mereka turunkan ilmu cara-cara memerintah negara melalui kaedah "Sistem Ahli" (tahun 1951-1955). Sebab tu keretapi dan bolasepak jatuh merundum, brp byk duit kerajaan habis utk support keretapi dan bolasepak. Bukannya takde org naik keretapi, tapi management syarikat keretapi tak pandai mengurus. Bukannya takde org main bola, tapi management persatuan bolasepak tak pandai mengurus. Padahal kalau betul2 efisyen, ramai org nak naik keretapi - senang, murah, sepatutnya menepati masa. Padahal kalau betul2 kompetitif, ramai org akan support bolasepak local. Realitinya, komuter jarang tepati masa, kdg2 tak sampai2. Bolasepak pula lagi byk gaduh, baling mercun smpi rosak stadium, perosak harta benda. Mainnya tak seberapa.. EPL yg beribu batu lagi org kenal dan follow. Sebab kerja ada sistem. Poor us, British tak ajar cara bekerja dgn teratur dlm sistem sblm berambus, tapi tinggalkan sistem demokrasi yg buat rakyat berterabur.

Friday, November 6, 2009

Komen tentang: Teras Islam bermazhab kekal relevan

Rencana Utusan Malaysia

Bahagian awal artikel ni memperkatakan tentang usaha dan amanah yg dipegang oleh ulama-ulama silam Islam dalam mengembangkan kefahaman Islam yg berdasarkan AlQuran dan Sunnah. Rentetan daripada usaha pengembangan ilmu ni, maka sampailah kepada kita agama Islam dlm wajah bermazhab2. Di Malaysia, org Melayu berstatus Islam difahamkan oleh badan2 berkuasa agama bahawa pegangan yg dipakai mainstream ialah Islam aliran Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie.

Saya berpendapat, di Malaysia masalahnya bukanlah kerana penganut2 Islamnya berpegang kepada mazhab Syafie atau mazhab apa pun. Yang menjadi masalahnya ialah - selepas beberapa generasi, org Melayu yg berstatus Islam tidak tahu apa visi dan misi asal Islam. Fokus mereka beralih kepada benda2 yg bersifat cabang, iaitu perkara2 yg mereka justify sbg "ia ibadah sebab ia benda baik". Dan mereka selesa dgn mentaliti itu.

Islam menjadi agama yg sangat ritual, berpusing2 di kalangan penjawat agama sahaja, dalam surau dan tidak lagi relevan dalam alam pekerjaan. Islam bukan lagi "way of life" but only for spiritual purpose. Kalau Melayu yg berstatus Islam pun kabur tentang Islam yg sebenar, apatah lagi kaum2 lain yg belum Islam. Tak percaya, cubalah tanya. Pasti jawapan mereka kebanyakannya berbunyi, "Muslim ni Malay, tak boleh makan babi, ada yg tak minum arak.. Lain2 sama saja."

Kalau tanya yg Melayu pula, apa maknanya kamu ni Islam, mula2 garu kepala lepas tu kata, "Kita Islam sbb kita mengucap, pastu kita semayang (- kdg2 buat). Hukum Islam? Saya taktahu..hukum hudud tahu lah, potong tangan, sebat org. Jangan tanya lebih2 saya bukan ustad. Ustad tak bagi saya cakap psl agama (- takde tauliah), baca Quran utk faham makna pun tak boleh, nanti sesat. Apa yg ustad kata boleh, tu je yg saya buat...". Kabur.

Jadi bila datang satu golongan yg menyeru supaya umat Islam kembali kepada matlamat yg asal, kembali kpd pendidikan akidah yg tidak ditekankan semasa di sekolah (-yg ditekankan cara2 ibadah, jenis2 air, buat dpt pahala, x buat dosa, disukai org ramai, dibenci syaitan, jawapan standard periksa..), sebarkan kefahaman Islam yg berpijak di bumi nyata, hingga smpi kepada audience (termasuk non-muslim) yg selama ni lari drpd geng2 lebai, dan amalan2 spt kenduri tahlil, baca Yasin malam Jumaat ni kena faham, ia takde dlm AlQuran dan Sunnah, ia hanya "amalan tradisi yg dirasakan baik"... maka ada lah org2 yg jadi melenting, tak senang duduk, kedudukan selesanya tergugat, yg dah selesa dgn amalan yg berdasarkan "pendapat".

The way I see, yg mewujudkan huru-hara ni bukanlah golongan tajdid aka yg mengajak pembaharuan mindset terhadap Islam supaya ia kembali progresif spt Islam pd zaman Rasulullah. Yang membuat suasana huru-hara ni ialah org yg dah kematu dgn fahaman lama.

Pada mereka apa salahnya beramal dgn apa yg dah menjadi rutin MAJORITI org Islam di sini. Bila dah melenting, "teguran" menjadi "tunjuk pandai", "kritikan" menjadi 'cercaan", "berbeza pendapat" menjadi "sengaja memecahbelahkan umat", "Islam mesti bermula dari akidah" menjadi "keliru", "utamakan dahulu apa yg Allah nak dan apa yg Rasul buat" menjadi "wahabi".

Mungkin pada setengah mereka, kabur ttg kefahaman akidah tak mengapa sbb akan ada golongan penjawat agama yg sentiasa protect mereka daripada isu2 spt murtad, org bukan Islam nk pakai perkataan Allah - dgn menggunakan "akta yg digubal manusia".

Tuesday, November 3, 2009

Jais Tangkap Dr Asri

Pada 1 November, 2009 - Seorang bekas mufti, berkelulusan dari Universiti Jordan, USM, UIA ditangkap oleh JAIS atas dakwaan memberi ceramah 'tanpa tauliah'.

What a joke. Saya ambil masa utk menulis sbb tergelak dgn dakwaan satu jabatan yg ada perkataan Islam dalam namanya. Sampaikan PM, pemimpin2 politik, NGO, professional, org awam pun 'terkejut besar'.

Seorang ulama memberi ceramah dgn dalil yg jelas dari Al Quran dan Sunnah, dituduh mcm2 hanya kerana apa yg dikata bertentangan dengan pemikiran lama org Melayu yg mengaku Islam.

Kalau Islam yg fresh, pure sepertimana zaman Rasulullah dan sahabat, boleh berkembang smpi ke Spain, Afrika, China... bina empayar, bina hospital, bina universiti.. Islam yg mudah difahami, praktikal dan berkembang.

Compare to Malaysia... Pertama, dah 52 tahun pun kaum2 lain taknak masuk Islam sbb tak dpt bezakan nilai2 Islam yg indah dan adil dari Al Quran dengan amalan tradisi org Melayu yg bukan dtg dari agama Islam pun sebenarnya. Tapi diIslamkan tanpa hujah dari Al Quran dan hadis. Alasannya, 'benda baik'... tak salah... apa salahnya, 'bidaah hasanah'... lama2 org Melayu sangka ia sebahagian daripada ibadah yg seolah2 disyariatkan dlm AlQuran, kalau tak buat berdosa. Kalau tak buat dia wahabi.

Dari dulu penjajah memang usaha supaya org Melayu tak dapat Islam yg benar, cukuplah Islam pada luaran dan amalan sunat saja, tp hukum wajib dlm AlQuran tak buat. Thats why halatuju "Islam mainstream" di Malaysia tak selari dgn pemikiran tokoh2 yg mengajak kpd pembaharuan seperti Hamka, Zaaba... latest Dr Asri.

Secara keseluruhan, saya setuju dgn tulisan di bawah oleh saudara Zulkifli Noordin dan dari mufti Perlis - kefahaman Islam dan undang2 berkaitannya di Malaysia adalah peninggalan penjajah, yg sgt lesu, sgt jumud, berpusing2 hanya di surau, atas sejadah..

Tauliah...warisan penjajah

Kenyataan dari Dr. Juanda Jaya

Kalau ada makhluk yg kata usaha pembaharuan dlm pemikiran tentang Islam di Malaysia akan mengelirukan umat Islam, sebenarnya dia yg WAHABI.

Sunday, November 1, 2009

Komen tentang memorandum PGSM terhadap Dr Asri

Nama Dr. Asri sudah tidak asing lagi di negara ni, intelektual yg aktif dalam usaha pembaharuan minda terutamanya umat Islam di negara ini. Konsep kefahaman agama di negara ni yg kadangkala sempit dan terkongkong - menyebabkan org2 biasa dan kebanyakan kabur tentang akidah Islam dan hanya berlegar2 pada kefahaman amalan ritual semata-mata, termasuk yg berbentuk tradisi seperti membaca surah Yasin pada malam Jumaat. Sampaikan kebanyakan yg mengaku Islam di negara ni mempunyai antibodi akidah yg lemah bila berhadapan dengan isu2 seperti bible dalam bahasa Melayu, penggunaan perkataan Allah oleh org bukan Islam, sejadah berdiri... 

Bagi golongan terutamanya professional - yang familiar dgn hujah berdasarkan fakta dan angka, mudah menerima penyampaian Dr Asri bila membicarakan isu agama, berbanding sesetengah org yg bercakap tentang agama hanya bersandarkan kitab2 lama, kisah2 nabi dan hadis yg tidak diperiksa terlebih dahulu kesahihannya. Padahal sumber utama kefahaman Islam mesti merujuk kpd Al-Quran dan Sunnah. Adapun pendapat tidak maksum dan terbuka kepada perbincangan dan kajian.
Pada 30 Oktober 2009, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dalam laman webnya menyiarkan memorandum kpd Yang Di-Pertuan Agong supaya menarik balik perlantikan Dr Asri sbg Yang Di-Pertua YADIM. Kalau diteliti blog Dr Asri dan ceramah dlm youtube, obviously memorandum ni adalah satu fitnah yg...surprisingly datang daripada persatuan peguam syarie(?) - garu kepala..

Salinan memorandum PGSM

Standardlah. Bila nak mengajak kpd pembaharuan pemikiran ni akan ada orang tak suka. Akan ada tentangan dari org2 yg degil dgn doktrin lama, dan dari org yg berkepentingan tertentu - walaupun usaha pembaharuan tu dtg dgn hujah strictly from AlQuran dan Sunnah. Yang penting kita sampaikan Islam dalam rupa sebenar yg universal dan mudah difahami manusia baik yg Islam mahupun org bukan Islam.
Related Posts with Thumbnails